Penasihat kanan Biden positif Covid-19

Ahli Kongres Presiden AS, Cedric Richmond yang akan menjadi penasihat kanan kepada Joe Biden diuji positif Covid-19. - Foto AFP
Ahli Kongres Presiden AS, Cedric Richmond yang akan menjadi penasihat kanan kepada Joe Biden diuji positif Covid-19. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden daripada parti Demokrat yang akan mengangkat sumpah jawatan pada Januari tahun depan diuji negatif koronavirus (Covid-19) semalam, kata pasukan peralihan pentabirannya.

Ujian dilakukan selepas seorang ahli Kongres, Cedric Richmond yang akan menjadi penasihat kanan Biden diuji positif Covid-19.

Menurut pasukan peralihan pentadbirannya itu, Richmond dijangkiti Covid-19 selepas berinteraksi secara terbuka dengan Biden.

"Richmond berinteraksi dengan Presiden yang dipilih itu dalam ruang terbuka dan memakai pelitup muka dan berlangsung kurang daripada 15 minit," kata jurucakap pasukan peralihan pentadbiran itu, Kate Bedingfield dalam satu kenyataan seperti dilaporkan AFP.

Beliau berkata, ahli Kongres itu yang akan berkhidmat sebagai Pengarah Pejabat Penglibatan Awam di Rumah Putih bukan sumber rapat Covid-19 seperti yang ditaktifkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit dan Pencegahan (CDC).

Richmond menunjukkan simptom Covid-19 pada Rabu lalu dan mengambil ujian pantas yang menunjukkan beliau dijangkiti pandemik tersebut, menurut Bedingfield.

Beliau kemudian mengambil semula ujian Covid-19 dan disahkan positif menyebabkannya menjalani kuarantin selama 14 hari. - Agensi

Artikel Berkaitan: