Banjir gelombang keempat landa Terengganu

Anggota APM membawa seorang ibu mengandung menaiki bot, sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Permaisuri, Setiu.Foto: APM Setiu
Anggota APM membawa seorang ibu mengandung menaiki bot, sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Permaisuri, Setiu.Foto: APM Setiu
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 231 mangsa dari daerah Kemaman dan Dungun kini ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir fasa keempat yang berlaku di negeri ini sejak Khamis.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, ia susulan julat hujan yang begitu banyak di kawasan pedalaman sejak tengah hari Khamis, di samping limpahan air-air sungai utama dari hulu menyebabkan paras air sungai meningkat.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, empat PPS dibuka di Kemaman yang menempatkan 203 mangsa daripada 56 keluarga manakala sebuah PPS di Dungun iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Minda dibuka, menempatkan 28 mangsa daripada enam keluarga.

Bagaimanapun, kesemua PPS di Besut iaitu Dewan Futsal Keruak dan dua PPS di Setiu iaitu Sekolah Kebangsaan Kampung Besut dan Balairaya Kampung Paya Seladang sudah ditutup jam sembilan pagi tadi susulan keadaan bertambah baik.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu sehingga jam 12 tengah hari ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu sehingga jam 12 tengah hari ini.

Sementara itu, enam sungai di Terengganu iaitu dua di daerah Kemaman dan masing-masing satu di Dungun, Hulu Terengganu, Setiu serta Besut kini melepasi paras bahaya.

Berdasarkan laporan infobanjir.water.gov.my, Sungai Tebak dan Sungai Tumpat, Kemasik di Kemaman sudah melepasi paras bahaya, iaitu 19.33 meter dan 2.82 meter serta menunjukkan trend menaik.

Empat sungai lain yang turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Dungun di Pasir Raja (37.63 meter), Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu (19.77 meter), Sungai Nerus di Kampung Langkap Setiu (21.46 meter) dan Sungai Besut di Kampung Keruak (35.45 meter).

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir gelombang ketiga di Terengganu

Artikel Berkaitan: