Netizen loya aksi mukbang lelaki makan kepala lembu

Lelaki makan kepala lembu tular di laman sosial.
Lelaki makan kepala lembu tular di laman sosial.
A
A
A

JAKARTA – Aksi mukbang seorang lelaki mencuri perhatian apabila dia makan kepala lembu tanpa membuang kulitnya hingga tular di laman sosial.

Lapor portal Sumsel, video berdurasi satu minit 45 saat dimuat naik akaun Instagram @infolampung itu membuatkan netizen berasa loya apabila melihat mata, gigi dan tanduk lembu yang masih tidak dibuang.

Lelaki yang memakai topi putih itu juga dilihat menggigit hidung lembu berkali-kali sambil menikmati hidangannya yang dikatakan sungguh enak.

Selain kepala lembu, lelaki berkenaan juga menggunakan sos dan timun sebagai makanan tambahan.

Dia juga tidak berasa jijik malah dilihat beberapa kali menunjukkan hidung lembu yang dimakannya ke arah penonton seolah-olah mengatakan bahagian itu paling enak.

Bagaimanapun, netizen yang menonton video tersebut berbeza pendapat dan pandangan.

Ada yang memberitahu tiada selera makan selepas menonton video berkenaan kerana ia sungguh meloyakan.

Kata Rocilia, "Kesian lembu ini, sangat jijik."

Artikel Berkaitan: