X

Kindly register in order to view this article
!

Lapan PPS mula dibuka di Kelantan

Keadaan di sekitar Masjid Mukim Chenulang di Kuala Krai.
A
A

KOTA BHARU - Lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Tanah Merah dan Kuala Krai selepas beberapa kawasan di dua daerah ini menerima hujan lebat sejak dua hari lalu.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sehingga jam 8 pagi tadi, tiga PPS yang dibuka di Tanah Merah ialah Balai Raya Padang Kijang, Sekolah Kebangsaan Kelewek dan Sekolah Kebangsaan Lawang di Jedok yang menempatkan 12 keluarga dan 39 mangsa, termasuk dua orang kurang upaya (OKU) masing-masing lelaki dan perempuan.

Lima PPS di Kuala Krai pula ialah Masjid Lama Keroh, Sekolah Kebangsaan Bedal, Sekolah Kebangsaan Chenulang, Masjid Abu Bakar Tanjong Kala dan Balai Raya Kampung Mia yang menempatkan 22 keluarga dengan jumlah mangsa seramai 100 orang termasuk enam bayi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusoff ketika dihubungi memberitahu, antara kampung terlibat banjir di daerah Tanah Merah ialah Perumahan Lubok Agor, Manal 3, Kampung Ayer Merah Lawang, Batu Gajah, Jalan Padang Kijang, Alor Pasir dan Kampung Lubok Agor.

Sementara itu, menurut portal e.Banjir, sehingga jam 8 pagi tadi, air Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.07 meter (bahaya 9.0) manakala empat sungai lain mencatatkan bacaan melebihi paras jaga-jaga.

Empat sungai tersebut ialah Sungai Galas di Limau Kasturi dengan bacaan 56.74 meter (jaga-jaga 56.00), Sungai Kelantan di Kuala Krai 24.17 meter (jaga-jaga 20.00), Sungai Kelantan di Kusial 14.15 meter (jaga-jaga 12.00) dan Sungai Golok di Jenob mencatatkan bacaan 22.92 meter (jaga-jaga 21.50).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!