20 guni anak kerang bernilai RM20,000 dirampas

Sebanyak 20 guni kerang bernilai RM20,000 dirampas di lokasi kira-kira 500 meter daripada Pantai Sungai Leman pada Khamis.
Sebanyak 20 guni kerang bernilai RM20,000 dirampas di lokasi kira-kira 500 meter daripada Pantai Sungai Leman pada Khamis.
A
A
A

SEKINCHAN - Jabatan Perikanan Negeri Selangor merampas 20 guni anak kerang bernilai RM20,000 kira-kira 500 meter dari Pantai Sungai Leman di sini pada Khamis.

Pengarahnya, Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, seramai tiga kakitangan Pejabat Perikanan Daerah Sabak Bernam dan lima anggota Cawangan Perlindungan Sumber Pelabuhan Klang menahan sebuah kereta jenis Proton Wira milik seorang lelaki warga tempatan yang diparkir berhampiran kawasan pantai pada jam 4 petang.

"Hasil pemeriksaan menemui 10 guni anak kerang disimpan lelaki berusia 38 tahun itu dalam kereta.

"Turut ditemui sebanyak 10 guni anak kerang berhampiran kenderaan terbabit," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Abdul Rahman berkata, pihaknya turut merampas kereta Proton Wira, 20 guni anak kerang, enam tangguk tangan serta satu penyukat anak kerang.

"Kesemua barangan dirampas dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kuala Selangor dan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat mengikut Perkara 3 (1) Peraturan-Peraturan Perikanan (Pemuliharaan Dan Kultur Kerang) 2002," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawasan pembenihan kerang terancam

Jabatan Perikanan ambil tindakan kegiatan kutip anak kerang

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Jabatan Perikanan digesa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap puluhan bot nelayan didakwa menceroboh kawasan pembenihan kerang yang dilakukan secara haram di sekitar kawasan pesisir pantai Sungai Leman di sini sejak dua minggu lalu.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, beliau yang turut meninjau kawasan pesisir pantai itu menerima banyak rungutan daripada nelayan yang mendakwa kebanyakan bot tidak dikenali menggunakan peralatan tangkapan moden di kawasan pembenihan kerang.

Artikel Berkaitan: