Pencipta lagu 'Malu apa bossku' mahu jumpa Najib

Kalam Biru (baju merah) ditemui bersama seorang rakannya meluahkan hasrat bertemu Najib bagi mengemukakan permohonan maaf.
Kalam Biru (baju merah) ditemui bersama seorang rakannya meluahkan hasrat bertemu Najib bagi mengemukakan permohonan maaf.
A
A
A

SABAK BERNAM - Penulis lirik dan komposer lagu tular 'Malu apa bossku' meluahkan hasrat bertemu secara peribadi dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Kalam Biru berkata, dia ingin mengemukakan permohonan maaf kerana pernah mengkritik pentadbiran Najib sewaktu memimpin negara.

"Saya menyesal kerana lagu-lagu ciptaan saya sebelum ini mengkritik dasar kerajaan dahulu tanpa menyelidik perkara sebenar," katanya kepada Sinar Harian.

Kalam Biru berkata, dia mengadaptasi ungkapan dipopularkan Najib itu kepada sebuah lagu berkonsep rap bagi menyampaikan mesej isu semasa yang gagal ditangani kerajaan pada masa sekarang.

Anak kelahiran Sungai Besar itu memberitahu, lagu itu hanya mengambil masa selama dua jam untuk dihasilkan dan kemudian disebar menerusi aplikasi WhatsApp berkumpulan.

"Kesan latar pada muzik ini diambil daripada Best Freestyle Rap Instrumental Beat yang dimuat naik menerusi YouTube," katanya

Katanya, lagu tular berdurasi satu minit 23 saat di media sosial itu sebenarnya hanyalah sebahagian daripada lagu asal yang berdurasi kira-kira tiga minit.

"Sebahagian lagu tidak disiarkan lagi kerana saya memikirkan perlu mencipta ritma dan penceritaan isu semasa dengan lebih baik serta memberi kesan kepada pendengar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dia menyerahkan sepenuhnya kepada masyarakat untuk membuat penilaian terhadap lagu itu.

"Saya tidak berkarya untuk mendapatkan nama, namun setiap ritma yang dicipta diharap dapat membuka minda pendengar," katanya.

Ujarnya, selain lagu 'Malu apa bossku', dia turut pernah menghasilkan dua lagu satira politik iaitu 'Janji 100 hari' dan 'Hikayat orang tua'.

"Tiga lagu ini juga dimuat naik menerusi laman Facebook menggunakan nama melawan dengan seni.

"Saya juga berhasrat untuk mencipta sebuah lagu lagi menjelang PRK Dun Semenyih dalam waktu terdekat," katanya.

Sehingga jam 1.30 petang ini, Lagu 'malu apa bossku' menerima sebanyak 103, 699 jumlah tontonan di YouTube.

#sabakbernam Pencipta lagu 'Malu apa bossku' luah hasrat jumpa Najib MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR SABAK BERNAM - Penulis lirik dan komposer lagu tular 'Malu apa bossku' meluahkan hasrat bertemu secara peribadi dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/11527/BERITA/Nasional/Pencipta-lagu-Malu-apa-bossku-mahu-jumpa-NajibKalam

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Wednesday, February 6, 2019