Sila log masuk terlebih dahulu.

Masalah disiplin punca prestasi Arsenal merosot

 Bernd Leno
Bernd Leno
A
A
A

KURANG disiplin serta keyakinan diri dalam kalangan pemain dilihat sebagai faktor yang menyumbang kepada kemerosotan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Perkara itu diakui sendiri penjaga gol Arsenal, Bernd Leno yang menegaskan sikap negatif itu perlu diatasi segera jika The Gunners mahu kembali bangkit dan mencabar kejuaraan EPL.

“Jika dilihat cara kami beraksi, jelas pemain-pemain yang perlu dipersalahkan, saya cukup yakin dengan perkara itu. Pemain sering mengutip kad merah, melakukan kesilapan dan tidak berada di posisi yang sepatutnya.

“Dalam hal ini, pengurus (Mikel Arteta) tidak harus dipersalahkanya. Dia sudah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik, sebaliknya kami yang perlu dikritik kerana gagal beraksi baik,” katanya.

Selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut, Arsenal bernasib baik apabila mampu meraih satu mata selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Southampton di Stadium Emirates awal pagi Khamis.

Namun, prestasi Arsenal ketika ini turut dibayangi dengan rekod mengumpul lebih banyak kad merah berbanding gol dan mata sejak kemenangan terakhir aksi EPL ketika menewaskan Manchester United 1-0 di Old Trafford pada 2 November lalu.

“Kami perlu segera mengatasi masalah disiplin pemain. Perkara ini sering ditegaskan berulang kali dan semua pihak telah bersetuju agar ia perlu ditangani segera untuk kebaikan pasukan.

“Kita memiliki skuad yang baik tetapi masalah-masalah seperti ini perlu diatasi segera. Jika ia terus berlarutan, memang sukar bagi kami untuk memberikan saingan kepada pasukan kelompok atasan liga,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: