Muhyiddin luang masa lawat Tun Rahah

Muhyiddin diiringi Najib menziarah Tun Rahah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur hari ini. - Foto FB Muhyiddin
Muhyiddin diiringi Najib menziarah Tun Rahah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur hari ini. - Foto FB Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa untuk menziarahi Tun Rahah Mohamed Noah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Sama-samalah kita berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar Tun Rahah yang merupakan balu Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dan juga bonda Datuk Seri Najib diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan rawatan. Amin," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, terdapat dua keping gambar yang menunjukkan Muhyiddin bersama dengan Najib dan Datuk Seri Nazir Tun Abdul Razak.

Artikel Berkaitan: