Pulau Pinang terima keputusan kekalkan khidmat feri

Terminal Pangkalan Raja Tun Uda yang terletak di Georgetown. Gambar kecil: Kon Yeow
Terminal Pangkalan Raja Tun Uda yang terletak di Georgetown. Gambar kecil: Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang mengalu-alukan keputusan kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan perkhidmatan feri.

Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, beliau berharap perkara itu akan menjadi realiti dan perkhidmatan feri yang menjadi warisan di negeri tersebut sejak 126 tahun lalu terus beroperasi.

Menurutnya, bagaimanapun setakat ini pengumuman berkenaan belum dimaklumkan kepada kerajaan negeri.

"Saya mendapat tahu mengenai perkara itu pagi tadi (semalam) dan mengalu-alukan supaya perkhidmatan feri terus dinikmati bukan sahaja oleh penduduk tempatan, malah orang luar serta pelancong," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkhidmatan feri Pulau Pinang diteruskan: Tengku Zafrul

Terdahulu, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam sidang Dewan Rakyat berkata, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan ‘disyaratkan’ untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang sudah menjadi ikonik dan warisan di Pulau Pinang buat masa ini.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, keputusan mengekalkan feri sedia adalah selari dengan pendirian kerajaan negeri serta penduduk Pulau Pinang untuk perkhidmatan itu terus beroperasi.

Artikel Berkaitan:

Terminal Pangkalan Raja Tun Uda yang terletak di Georgetown.
Terminal Pangkalan Raja Tun Uda yang terletak di Georgetown.

"Daripada mula, kerajaan negeri berpendirian agar perkhidmatan feri sedia ada perlu diteruskan.

"Bagaimanapun, kita memahami risikonya jika feri sedia ada diteruskan yang mana, piawaian keselamatan feri gagal dipatuhi.

"Selain itu, kos baik pulih feri pula adalah tiga kali ganda lebih mahal berbanding penggunaan katamaran.

"Namun, perkara itu boleh diatasi sekiranya kerajaan Persekutuan memberi peruntukan secukupnya kepada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan PPSB untuk mengekalkan perkhidmatan feri seperti sedia ada," kata beliau lagi.

Beliau juga mempersoalkan tindakan kerajaan Persekutuan yang memperuntukkan RM30 juta kepada PPSB untuk pembelian empat buah katamaran.

"Isunya hanyalah melibatkan kos, jika kerajaan Persekutuan boleh memberi peruntukan sebanyak RM30 juta untuk naik taraf perkhidmatan feri termasuk membeli katamaran, mengapa Kementerian Kewangan tidak boleh menambah menjadi RM90 juta untuk menempah feri ikonik baharu menggantikan feri sedia ada yang tidak menepati piawaian keselamatan?

"Apatah lagi PPSB sendiri memaklumkan mereka tidak mempunyai masalah untuk mengendalikan perkhidmatan feri ikonik tersebut sekiranya aset-aset itu dibiayai oleh Kementerian Kewangan atau kerajaan Persekutuan," katanya.