'Saya tak benarkan warga asing kerja di pasar borong'

Annuar - Foto Bernama
Annuar - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyarankan agar pemborong menghentikan permohonan rayuan bagi mengambil pekerja asing di Pasar Borong Selayang.

Menurut Annuar, pelaksanaan larangan pengambilan pekerja asing sebagai pembantu adalah merupakan dasar dan pihaknya kekal dengan pendirian tersebut.

Anuar berkata, pemborong disaran supaya lebih mengutamakan warga tempatan untuk bekerja di pasar berkenaan.

"Saya terima surat rayuan pemborong mahu ambil pekerja asing sebagai pembantu di Pasar Borong Selayang.

"Jawapan saya tetap. Saya tidak benarkan warganegara asing bekerja di situ.

"Ambil warga tempatan bekerja. Usaha cuba buat rayuan lagi. Ini dasar," ciapnya menerusi laman Twitter, semalam.

Pada 23 Oktober lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis bagi memaklumkan kepada pemborong bahawa mereka hanya dibenarkan mengambil pekerja tempatan mulai 1 Januari 2021.

Pihak yang gagal mematuhi peraturan berkenaan bakal berdepan tindakan kehilangan lesen perniagaan.

Artikel Berkaitan: