Deposit wang simpanan ke akaun Tabung Haji kini dalam talian

Tabung Haji
Tabung Haji
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Pos Malaysia telah menaik taraf perkhidmatan deposit wang simpanan ke akaun TH secara dalam talian melalui Pos Online di www.posonline.com.my.

TH, dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa langkah itu sejajar dengan usaha TH dan Pos Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan secara digital yang lebih mudah dan berkesan selain memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan (CCD) dipenuhi sepenuhnya.

“Sehubungan itu, bermula 2 Januari 2021, urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter Cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919, faks: 03-77284959 atau e-mel di th-info@lth.gov.my. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] Tabung Haji saran pendeposit kemas kini maklumat peribadi

Pos tamatkan perkhidmatan deposit simpanan TH di kaunter

Artikel Berkaitan: