Bekas CEO Starbucks benci digelar jutawan

Bekas CEO Starbucks, Howard Schultz.
Bekas CEO Starbucks, Howard Schultz.
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Starbucks, Howard Schultz antara manusia terkaya di dunia.

Schultz yang telah menyatakan kesediaannya untuk menentang Donald Trump dalam pilihan raya presiden pada 2020 sebagai calon bebas dilaporkan mengumpul kekayaan bersih berjumlah AS$4.7 bilion (RM19.17 bilion).

Beliau yang dibesarkan dalam kejiranan kelas pertengahan di bandar New York, memperoleh kekayaan selepas berpindah ke Washington pada 1980-an dan berjaya membina Starbucks sebagai syarikat gergasi kedai kopi global.

Namun, dalam satu wawancara bersama wartawan Andrew Ross Sorkin baru-baru ini, Schultz kurang senang apabila digelar sebagai jutawan.

Schultz berkata, gelaran jutawan adalah ungkapan bagi mereka yang mengumpul kekayaan dengan cara menindas orang lain.

"Saya bukan jutawan. Bagi saya perkataan itu sesuai diberikan kepada orang-orang berkepentingan yang memperolehi kekayaan dengan cara tidak adil.

"Orang seperti ini mempunyai pengaruh yang luar biasa terhadap ahli-ahli politik," katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Schultz dipandang sinis dan menjadi bahan ketawa netizen selepas perbelanjaan hariannya dianggap keterlaluan.

Artikel Berkaitan:

Apa pun, penyertaan Schultz dalam pilihan raya presiden akan datang dilihat kurang popular memandangkan rakyat AS tidak mahu melihat seorang lagi ahli perniagaan yang kaya dan tidak berpengalaman mentadbir negara itu. - Agensi