JDT jalin kerjasama dengan UNICEF

Tunku Ismail (tengah) dan Rashed Mustafa menunjukkan baju tertera logo UNICEF dalam sidang akhbar berkenaan kerjasama JDT dan UNICEF di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini.
Tunku Ismail (tengah) dan Rashed Mustafa menunjukkan baju tertera logo UNICEF dalam sidang akhbar berkenaan kerjasama JDT dan UNICEF di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri hari ini.
A
A
A

JUARA tujuh kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) memperkukuhkan jenamanya ke peringkat global apabila menjalin kerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

UNICEF terkenal dengan penajaan bersama kelab pasukan bola sepak terkemuka dunia antaranya Barcelona dan Mancester United.

Kerjasama JDT dengan organisasi antarabangsa tersebut adalah untuk mengumpul dana bagi kemajuan kanak-kanak.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kerjasama berkenaan selari dengan matlamat mereka dan merupakan detik sejarah bagi meningkatkan penjenamaan kelab.

"JDT menjalin kerjasama bersama UNICEF untuk tempoh setahun bagi musim hadapan Liga Malaysia.

"Dengan kerjasama ini, satu dunia akan kenal JDT dan logo UNICEF mungkin akan diletakkan pada jersi pasukan JDT," kataya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Wakil UNICEF di Malaysia, Dr Rashed Mustafa Sarwar dan Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Bagaimanapun Tunku Ismail tidak mahu mendedahkan nilai kerjasama bersama UNICEF berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Saya mahu fokus kepada tanggungjawab sosial dan penjemaan JDT serta kerja-kerja sosial yang akan dilakukan kelab," katanya

Jelasnya, program penjenamaan lebih penting untuk JDT dalam meningkat nilai dan jenama pasukan bagi menarik lebih banyak pelabur serta penaja.

Sementara itu, Dr Rashed berkata, pemilihan JDT sebagai rakan kerjasama dilihat akan membantu UNICEF menjayakan program kanak-kanak yang dianjurkan mereka.

"Proses pemilihan yang dilakukan oleh panel pusat UNICEF di Geneva, Switzeland yang mendapati JDT berkelayakan," katanya.