X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan disaran naikkan wang saku murid orang asli

Kerajaan diminta mempertimbang cadangan menaikkan kadar wang saku murid dan pelajar orang asli daripada RM2 kepada RM10 sehari.
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mempertimbang cadangan menaikkan kadar wang saku murid dan pelajar orang asli daripada RM2 kepada RM10 sehari bagi menggalakkan kehadiran mereka ke sekolah.

Senator Datuk Isa Ab Hamid berkata, RM2 yang diberikan kini sudah tidak relevan berikutan peningkatan kos sara hidup.

“Ada pelajar orang asli yang duduk asrama, mungkin soal sarapan pagi tidak ada masalah namun 60 peratus murid orang asli bersekolah dari rumah, kos sarapan pagi dah RM5, waktu tengah hari, hendak balik terpaksa jalan kaki atau naik bas sehingga dua jam lagi.

“Jadi kalau dapat, kerajaan atau Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mempertimbangkan RM10 atau kos yang sesuai untuk murid dan pelajar itu,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Negara di sini hari ini.

Isa juga berharap elaun makan untuk pelajar institusi pengajian tinggi swasta dinaikkan kepada RM450 sebulan berbanding RM150 sebulan.

Beliau turut mencadangkan kepada kerajaan agar memberikan insentif sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 kepada orang asli untuk membuat rumah sendiri berbanding bantuan Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) yang berharga RM60,000. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!