Lapan mangsa masih di pusat pemindahan banjir

Biarpun cuaca cerah namun air masih belum surut sepenuhnya sehingga jam 12 tengahari tadi.
Biarpun cuaca cerah namun air masih belum surut sepenuhnya sehingga jam 12 tengahari tadi.
A
A
A

BANDAR BAHARU - Seramai lapan mangsa banjir daripada tiga keluarga di Kampung Sungai Kecil Ulu masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak Rabu berikutan air masih belum surut sepenuhnya sehingga jam 12 tengahari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, kesemua mangsa dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Kecil Ulu sebaik sahaja ia dibuka kira-kira jam 8 malam tadi setelah rumah mereka ditenggelami air sejak 6.30 petang Rabu.

Hujan lebat tanpa henti sejak semalam menyebabkan air melimpah sehingga menjejaskan rumah penduduk di Kampung Sungai Kecil Ulu, Bandar Baharu, Kedah.
Hujan lebat tanpa henti sejak semalam menyebabkan air melimpah sehingga menjejaskan rumah penduduk di Kampung Sungai Kecil Ulu, Bandar Baharu, Kedah.

Menurutnya, hujan lebat lebih dua jam bermula lebih kurang jam 3 petang itu menyebabkan air sungai melimpah secara mendadak sehingga paras air melebihi bacaan 0.4 meter.

"Kita percaya, laluan air yang dihalang sisa sampah menyebabkan saliran bergerak perlahan," katanya menerusi satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, biarpun cuaca pada hari ini agak cerah, namun air masih memenuhi kawasan sekitar antaranya Kampung Padang Lalang dan Kampung Besar Sungai Kecil Ulu.

"Tinjauan turut dilakukan di kawasan Kampung Kubu dan mendapati ianya telah surut," katanya.

Abdul Rahim berkata, operasi turut dibantu Penghulu Mukim, Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), anggota polis, pihak sekolah serta semua agensi berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemantauan akan terus dilakukan dari masa ke masa di kawasan terjejas.