Puluhan kereta terkandas banjir kilat di Sungai Ular

Pengguna jalan raya terpaksa berpatah balik dari melalui Jalan Gebeng - Bypass Kuantan, berikutan banjir kilat di kawasan berkenaan berdekatan MCKIP, Kuantan.
Pengguna jalan raya terpaksa berpatah balik dari melalui Jalan Gebeng - Bypass Kuantan, berikutan banjir kilat di kawasan berkenaan berdekatan MCKIP, Kuantan.
A
A
A

KUANTAN - Banjir kilat yang dilaporkan berlaku di Jalan Gebeng - Bypass berdekatan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia - China (MCKIP) di sini menghalang lalu lintas menyebabkan puluhan kenderaan terkandas.

Tinjauan Sinar Harian mendapati hujan lebat yang masih berlaku ketika ini menyebabkan pemandu kenderaan di kedua-dua arah laluan berkenaan mengambil keputusan untuk berpatah balik.

Bagi mereka yang ingin menghala ke Sungai Ular - Kemaman, Terengganu dinasihatkan menggunakan laluan Jalan Pintasan Kuantan - Pelabuhan.

Difahamkan, kakitangan Pejabat Ahli Parlimen Indera Mahkota yang mewakili Datuk Saifuddin Abdullah turun melakukan tinjauan di lokasi kejadian dan menuju ke beberapa rumah penduduk di Sungai Ular yang didakwa sedang menghadapi banjir kilat.

"Ada di antara mereka dikhabarkan sedang bersiap-siap untuk berpindah. Jadi kita nak pergi tinjau keadaan mereka," katanya.

Artikel Berkaitan: