Bantuan banjir Terengganu dibayar Januari

Hanafiah Mat
Hanafiah Mat
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Mangsa yang terjejas dalam bencana banjir di Terengganu akan menerima bantuan kecemasan sekali bayar berjumlah RM500 pada bulan depan.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, bayaran akan dibuat kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) sebelum 15 Januari ini dan bantuan berkenaan disalurkan kepada mangsa yang berdaftar serta berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Kerajaan negeri melalui Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kini dalam proses akhir untuk mengemaskini data mangsa banjir yang terkesan.

“Saya sudah maklum kepada semua pegawai daerah supaya nama-nama mereka diserahkan sebelum berakhir 30 Disember ini bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum 15 Januari.

“Usaha ini kita buat agar mangsa banjir dapat menerima bantuan di saat mereka benar-benar memerlukan,” katanya hari ini.

Hanafiah berkata, mangsa banjir lumpur di Kemaman pula akan menerima bantuan kecemasan sekali bayaran daripada tabung khas berjumlah RM1,000 setiap keluarga bagi meringankan beban mereka.

Katanya, jumlah keseluruhan peruntukan kerajaan negeri untuk bantuan kecemasan itu bergantung kepada data yang dikemaskini.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa banjir di Terengganu diberi bantuan RM500

Artikel Berkaitan: