Kuil: Penganut diseru patuhi keputusan mahkamah

Kuil Sri Maha Mahariamman
Kuil Sri Maha Mahariamman
A
A
A
KUALA LUMPUR - Penganut Hindu di kawasan kuil Sri Maha Mahariamman diseru agar mematuhi keputusan mahkamah.

Individu yang mendakwa sebagai pentadbir sah kuil tersebut, K Chelappa merayu agar urusan pemindahan kuil berjalan tanpa halangan.

“Marilah kita bersatu sebagai masyarakat Hindu yang berdisiplin dan biarkan kuil Sri Maha Mariamman dipindahkan tanpa sebarang halangan.

“Ia bagi membolehkan kita berkhidmat kepada penganut Hindu di tempat yang lebih baik dan selamat dengan lebih banyak kemudahan,” katanya menerusi kenyataan lapor Berita Harian.

Chelappa berkata kuil itu terletak di atas tanah milik syarikat pemaju, One City Development Sdn Bhd di mana sebelum ini dia memperoleh injunksi untuk menghentikan kerja-kerja merobohkan oleh pemaju.

“Selepas beberapa tahun melalui proses perundangan, kami akhirnya bersetuju untuk berpindah demi kebaikan semua pihak.

“Keputusan itu dicapai selepas saya sebagai penjaga serta wakil kuil yang sah bersetuju dengan terma yang dikemukakan dan ia turut dipersetujui oleh M Nagaraju termasuk beberapa pihak lain.

“Ia juga adalah persetujuan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mac 2014,” katanya.

Menurutnya, pemilik tanah turut bersetuju menyediakan lokasi alternatif di USJ 23 seluas kira-kira 0.4 hektar selain mendermakan RM2.5 juta bagi membantu kos pemindahan dan pembinaan kuil baharu.
Artikel Berkaitan:


Katanya, kuil baharu dengan pelbagai kemudahan juga telah dibina pada tahun 2017 di Putra Heights, USJ 23 yang telah pun digunakan oleh masyarakat Hindu di kawasan terbabit.

“Kita juga perlu menghormati penghakiman mahkamah dan undang-undang. Apa yang perlu diberi perhatian bahawa tapak baharu di Putra Heights juga akan diwartakan sebagai tanah kuil,” katanya.