X

Kindly register in order to view this article
!

'Pengiktirafan diterima penghargaan kepada warga KASA'

Tuan Ibrahim (tengah) menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar selepas melancarkan Wakaf Air di Putrajaya hari ini.
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan pengiktirafan yang diterima beliau sebagai antara tujuh menteri alam sekitar terbaik di Asia adalah satu penghargaan bagi warga kementeriannya.

Tuan Ibrahim berkata, pengiktirafan oleh majalah Asia Bussines Info itu diperoleh berkat usaha seluruh pegawai dan kakitangan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

"Tanpa usaha seluruh pegawai dan kakitangan kementerian, tidak mungkin ia dapat dicapai. Saya berterima kasih banyak kepada pegawai dan kakitangan saya yang banyak membantu.

"Konsep saya yang penting, kita buat kerja sungguh-sungguh dan hasilnya biar orang lain yang menilai," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Tabung Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air Malaysia (Wakaf Air) di sini hari ini.

Tuan Ibrahim pada Rabu dilaporkan menerima pengiktirafan itu bersama Dr Ir Siti Nurbaya Bakar dari Indonesia, Masagos Zukifli (Singapura), Prakash Javadeka (India), Issa Kalantari (Iran), Cavid Parker (New Zeland) dan Cho Myung (Korea Selatan).

Bagaimanapun, ditanya mengenai tindakan segelintir badan bukan kerajaan (NGO) yang mempersoalkan tentang sumbangan beliau hingga menerima pengiktirafan itu, Tuan Ibrahim enggan mengulas lanjut.

"Soalan itu patut ditanya pada (pihak) yang buat penilaian, bukan pada saya," katanya ringkas.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!