Dadah dalam lokap: 4 anggota IPD Kota Tinggi ditahan semula

Ayob mengadakan sidang media berkenaan tangkapan empat anggota polis yang didapati positif dadah dan pembenterasn kegiatan ah long di IPK Johor, Johor Bahru, hari ini.
Ayob mengadakan sidang media berkenaan tangkapan empat anggota polis yang didapati positif dadah dan pembenterasn kegiatan ah long di IPK Johor, Johor Bahru, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Empat daripada sembilan anggota polis yang ditahan kerana terlibat dalam penyeludupan dadah di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi sebelum ini, ditahan semula pada 10 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keempat-empat mereka yang berusia lingkungan 28 hingga 36 tahun berpangkat Koperal dan Lans Koperal ditahan pada jam 9 pagi di IPD Kota Tinggi.

"Keempat-empat suspek dikenakan tindakan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK). Dua daripada anggota polis berkenaan disahkan positif dadah jenis methampethamine.

"Sebelum ini sembilan anggota polis tersebut direman pada 3 hingga 10 Disember lalu untuk siasatan di bawah Seksyen 39B ADB 1952. Kemudian pada 10 Disember lalu empat daripada sembilan anggota polis itu ditahan semula di bawah Seksyen 3 (1) ADB LLPK," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Pada 3 Disember lalu, polis Johor menahan sembilan anggota polis berpangkat Koperal hingga Konstabel yang bertugas sebagai pengawal lokap kerana terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah untuk tahanan dalam lokap.

ARTIKEL BERKAITAN: Sembilan polis ditahan edar dadah dalam lokap

Polis cari punca dadah diseludup dalam lokap

Seorang lagi yang ditangkap adalah orang awam iaitu anak kepada tahanan dalam lokap yang dikenali sebagai 'Datuk Ajim' berusia 23 tahun.

Artikel Berkaitan:

Menerusi pemeriksaan lokap, hasilnya polis berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 38.65 gram bernilai RM3,865, 42.25 gram dadah jenis heroin bernilai RM2,112 dan sejumlah tembakau.

Ayob Khan berkata, lima lagi anggota dan pegawai polis yang dipercayai terlibat dalam kes penyeludupan dadah dalam lokap itu dibebaskan untuk menjadi saksi pendakwaan di mahkamah.

Sementara itu, beliau berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Johor telah membuat kajian serta semakan ke atas setiap balai polis dan setiap bahagian di IPD yang bermasalah di seluruh negeri.

Katanya, hasil siasatan dijalankan mendapati 30 peratus anggota yang terdapat empat balai polis dan satu bahagian di sebuah IPD mempunyai masalah rekod integriti lampau yang berpotensi memberikan masalah terhadap balai dan cawangan berkenaan.

"Jumlah keseluruhan anggota di balai dan cawangan tersebut adalah 263 pegawai dan anggota. Seramai 91 orang mempunyai rekod tatatertib, semua mereka yang telah dikenal pasti akan mengikuti Program My Liabiliti," katanya.

Program itu katanya, melibatkan sesi kaunseling dan runding cara daripada Bahagian Agama dan Kaunseling (Baka) Johor kerana dikhuatiri mereka akan melakukan kesalahan berulang dan jika perlu akan ditukarkan.