X

Kindly register in order to view this article
!

Gudang simpan rokok seludup diserbu

PPM Pelabuhan Klang merampas 1,200 karton rokok dalam serbuan di sebuah gudang di Klang pada Isnin.
A
A

KLANG - Polis Marin menyerbu sebuah gudang di Jalan Sri Gembut 2 di sini yang dijadikan tempat menyimpan rokok seludup dalam satu operasi pada Isnin.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, operasi kira-kira jam 11 malam itu dilakukan oleh sepasukan anggota PPM Pelabuhan Klang menerusi Op Landai hasil maklumat awam.

"Pemeriksaan di dalam gudang tidak berpenghuni itu menemui 1,200 karton rokok tidak bercukai dalam sebuah lori satu tan.

"Dianggarkan nilai rokok terbabit termasuk nilai cukai adalah berjumlah RM205,555.20. PPM turut merampas lori terbabit untuk siasatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati gudang berkenaan dipercayai dijadikan sebagai tempat transit sebelum rokok berkenaan diedarkan di sekitar Lembah Klang.

Katanya, pihaknya masih menyiasat modus operandi kegiatan sindiket itu termasuk mengesan suspek yang terlibat.

"Kesemua rampasan dibawa ke PPM Pelabuhan Klang dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!