Kapal angkasa China selamat kembali dari bulan

Gambar fail menunjukkan kapal angkasa lepas China iaitu Chang'e-5 mengambil sampel di bulan. - Foto AFP/Pentadbiran Angkasa China
Gambar fail menunjukkan kapal angkasa lepas China iaitu Chang'e-5 mengambil sampel di bulan. - Foto AFP/Pentadbiran Angkasa China
A
A
A

BEIJING - Sebuah kapal angkasa China yang tidak dikendalikan manusia yang membawa batu-batu dan tanah dari bulan selamat kembali ke bumi, awal hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Ia merupakan misi pertama dalam tempoh empat bulan oleh mana-mana kapal angkasa di dunia mengambil sampel di bulan.

Kapal angkasa yang dikenali dengan nama Chang'e-5 itu mendarat di wilayah utara negara tersebut iaitu Inner Mongolia, lapor Xinhua yang memetik Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China.

Negara itu kini mengejar Amerika Syarikat (AS) dan Rusia selepas berdekad-dekad berusaha mencapai kejayaan dalam penerokaan ke angkasa lepas dengan membelanjakan berbilion-bilion dolar dalam program angkasa.

Kapal angkasa lepas yang dinamakan sempena dengan nama dewi bulan itu mendarat pada 1 Disember lalu dan kembali pulang dua hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kapal angkasa China selesai misi ambil sampel di bulan

China lancar misi bawa pulang batu bulan

Ketika berada di bulan, ia mengibarkan bendera China, lapor agensi angkasa lepas tersebut.

Artikel Berkaitan:

Para saintis berharap sampel-sampel itu akan membantu mereka mengkaji tentang kewujudan bumi dan aktiviti gempa bumi di permukaannya.

Ekoran kejayaan misi itu, China menjadi negara ketiga dunia yang membawa balik sampel-sampel dari bulan selepas AS dan Kesatuan Soviet yang telah dibubarkan dan kini dikenali sebagai Rusia masing-masing pada tahun 1960-an dan 1970-an.

Ia merupakan percubaan pertama China selepas misi Luna 24 yang dilakukan oleh Kesatuan Soviet pada tahun 1976.

Misi kapal angkasa itu ialah mengambil sampel seberat dua kilogram di kawasan yang dikenali sebagai Oceanus Procellarum atau Lautan Ribut iaitu sebuah dataran lahar, menurut jurnal Nature.

China berharap mempunyai stesen angkasa lepas menjelang tahun 2022 selain berhasrat menghantar manusia ke bulan. - AFP