Selangor tak iktiraf PeKT

Laporan Sinar Harian sebelum ini. (Ng Sze Han)
Laporan Sinar Harian sebelum ini. (Ng Sze Han)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak mengiktiraf peranan dan sebarang lantikan melibatkan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) di negeri ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, peranan PeKT dilihat seakan-akan peranan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) lantikan kerajaan negeri di bawah peruntukan Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Beliau berkata, kerajaan negeri juga difahamkan bahawa terdapat penggunaan nama PBT di negeri ini di dalam kandungan kepala surat rasmi dikeluarkan oleh PeKT sebelum ini.

"Kerajaan Selangor berpandangan bahawa tiada keperluan melantik PeKT untuk bertindak sebagai perantara antara komuniti dan kerajaan memandangkan tugas ini telah dipertanggungjawabkan kepada setiap ahli majlis," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Rashid Asari mengumumkan mengenai penubuhan PeKT yang akan mewakili kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri diperintah pembangkang.

ARTIKEL BERKAITAN: PeKT ditubuhkan di negeri pembangkang

Selain itu, Rashid berkata, pihak terlibat akan dibayar elaun sebanyak RM2,000 sebulan untuk perkhidmatan mereka.

Mengulas lanjut, Sze Han berkata, kerajaan negeri tidak mengiktiraf PeKT bagi memastikan tiada percanggahan dengan peranan ahli majlis PBT Selangor di bawah peruntukan Akta 171 tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang penggunaan nama PBT Selangor oleh PeKT dalam apa jua bentuk adalah tidak dibenarkan," katanya.