'Aku hanya apek Cina apa nak gentar'

Status dimuat naik Chee Heng dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.
Status dimuat naik Chee Heng dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.
A
A
A

PUCHONG - "Aku dapat bedak dari Datuk Seri Najib Tun Razak bukan dedak," demikian kata Kuan Chee Heng yang sebelum ini mengisytiharkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas pada PRK Dun Semenyih, Mac nanti.

Chee Heng yang juga dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, selepas pengumuman itu dibuat, banyak fitnah disebarkan di media sosial terhadap dirinya.

Menurutnya, perang saraf terhadap dirinya sudah bermula meskipun hari penamaan calon masih belum tiba.

"Aku hanya apek Cina yang masuk bersuara untuk rakyat... mengapa harus gentar dan takut hingga penyokong parti politik keluar berita fitnah aku terima dedak dari Najib.

"Mengapa takut sangat dengan kehadiran ku... kalau dah buat yang terbaik.

"Aku hanya seorang apek Cina... apa harus di gentarkan.... dah mula buta fitnah di laman sosial....," tulisnya di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Chee Heng yang merupakan Presiden Kepolisan Masyarakat Malaysia (CP) berkata, semua gaji bakal diperoleh sebagai Adun akan diagihkan kepada orang susah jika beliau dipilih pengundi Semenyih sebagai wakil rakyat baharu.

Katanya, pengumuman bertanding mewakili anak-anak Semenyih bukan untuk dirinya sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Saya nak kembangkan perkhidmatan yang telah dilaksanakan selama ini. Bagi saya yang berhormat diamanahkan tuhan untuk jaga orang bukan jaga poket sendiri atau parti politik.

"Saya masuk bertanding pun bukan nak glamor atau ubah nasib sendiri tapi nak ubah nasib rakyat.

"Kalau kalah pun, pengundi tetap untung sebab calon bertanding lain pun akan bagi janji dan mereka kena tunaikanlah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Uncle Kentang umum bertanding PRK Semenyih

Terdahulu, Chee Heng mengumumkan bertanding sebagai calon bebas pada PRK Dun Semenyih.

Keputusan bertanding bukan mencari kemenangan semata-mata namun untuk kemenangan anak-anak Semenyih.

Katanya, beliau akan membuat beberapa inisiatif di Semenyih sama seperti yang dilaksanakan di kawasan Puchong ketika ini sekiranya dipilih pengundi.

Ia termasuklah membuat aku janji di PRK Semenyih secara bersumpah dan akan menunaikannya jika dipilih sebagai pemenang.