Sila log masuk terlebih dahulu.

Berhati-hati ketika cuti-cuti Malaysia

No Image Caption
A
A
A

SEJAK minggu lalu, Merak Jalanan melihat aktiviti ekonomi tempatan dan pelancongan semakin ‘bernyawa’ sejak kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah di seluruh negara.

Ramai keluarga mula keluar rumah sama ada balik ke kampung ataupun bercuti di tempat pelancongan sebagai contoh di Pulau Pangkor kembali rancak menerima kedatangan pelancong domestik yang tinggi sejak Jumaat lalu.

Merak Jalanan melihat keputusan kerajaan membenarkan rentas daerah dan negeri ini telah banyak membantu industri pelancongan tempatan.

Namun, keputusan ini juga boleh memberi kesan terhadap peningkatan kes baharu Covid-19 setiap hari sekiranya, keluarga yang bercuti ini tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Memanglah seronok boleh keluar bercuti tapi jangan sampai tidak jaga penjarakan sosial terutama bagi keluarga yang membawa anak-anak kecil.

Setiap ketua keluarga perlu berhati-hati dalam setiap aktiviti yang ahli keluarga mereka lakukan dan jika boleh elakkan kawasan pelancongan yang terlalu ramai orang.

Sebelum bertolak dari rumah, pastikan semua kelengkapan norma baharu dibawa terutama pelitup muka yang mencukupi bagi semua ahli keluarga termasuk kanak-kanak kecil.

Pelitup muka wajar dipakai tidak kira di kawasan sesak atau tidak, ini bagi memastikan kita terbiasa dan tidak terlupa.

Artikel Berkaitan:

Pemilihan lokasi bercuti juga penting, Merak Jalanan sarankan sebelum kita membuat keputusan rujuk dahulu informasi tentang kes Covid-19 di kawasan tersebut.

Paling penting, Merak Jalanan ingin tegaskan cara kita bercuti sekarang tidak sama seperti tahun 2019, jadi kita perlu sentiasa berhati-hati walaupun ketika seronok bercuti-cuti Malaysia.