400 ahli PKR Gopeng sertai Bersatu

IPOH - Seramai 400 ahli meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gopeng dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak sekali gus menubuhkan sayap baharu ahli bersekutu Bersatu Bahagian Gopeng.
Bekas Naib Ketua PKR Cabang Gopeng, P Selvam berkata, kecewa dengan kepimpinan parti itu antara faktor mereka bersama 100 ahli baharu lain mengambil keputusan itu untuk berada di bawah pimpinan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Menurutnya, Bersatu dilihat platform terbaik kepada kumpulannya untuk menyalurkan khidmat kepada masyarakat.
“Bersatu Bahagian Gopeng telah beri saya satu tanggungjawab sebagai ketua ahli bersekutu yang mana ia peluang yang baik dalam membantu rakyat.