Jururawat di Kelantan meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19

 Dr Zaini Hussin
Dr Zaini Hussin
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang jururawat wanita di salah sebuah hospital di sini meninggal dunia malam tadi dipercayai akibat Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin ketika dihubungi Sinar Harian memberitahu, bagaimanapun, kes tersebut masih dalam siasatan pihaknya dan kenyataan lanjut akan dikeluarkan selepas semua siasatan selesai.

Sumber Sinar Harian memberitahu, arwah yang berusia 52 tahun itu meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Ibu kepada dua cahaya mata berkenaan dimasukkan ke hospital tersebut pada 7 Disember lalu dan dipercayai korban keenam Covid-19 di Kelantan.

Dia dikebumikan pada jam 11 pagi tadi dan pengkebumian dilakukan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri serta beberapa anggota keluarga.

Sementara itu, Kerajaan Negeri melalui Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin ketika dihubungi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga jururawat tersebut.

Artikel Berkaitan: