Zailani dilantik Ketua Pengarah JPJ baharu

Zailani
Zailani
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Zailani Hashim atas pelantikannya sebagai Ketua Pengarah JPJ yang baharu.

JPJ dalam satu kenyataan hari ini berkata mengalu-alukan pelantikan Zailani bagi menerajui jabatan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Zailani mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kerjaya apabila pernah bertugas di pelbagai kementerian dan juga agensi perkhidmatan awam.

“Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekosistem Keusahawanan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Selain itu, beliau juga berpengalaman dalam bidang keselamatan dan ketenteraman awam termasuk pernah menjawat jawatan Pegawai Integriti dengan pengalaman bertugas di Kementerian Dalam Negeri (KDN),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, warga cemerlang JPJ juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman atas pelantikan Zailani sebagai Ketua Pengarah JPJ yang baharu.

“Pihak kami yakin bahawa pelantikan ini akan terus memacu kecemerlangan JPJ dalam menggalas amanah negara sebagai agensi utama yang mengawal selia hal ehwal pengangkutan jalan di negara ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: