Muhyiddin zahir terima kasih kepada MP, sokong Belanjawan 2021

Muhyiddin berucap ketika majlis ringkas makan tengah hari di Parlimen bersama wakil rakyat dari PNBBC hari ini. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
Muhyiddin berucap ketika majlis ringkas makan tengah hari di Parlimen bersama wakil rakyat dari PNBBC hari ini. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan penghargaan kepada semua wakil rakyat khususnya dari Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) atas sokongan yang diberikan sehingga Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Selasa.

Muhyiddin menerusi hantaran di Facebooknya hari ini memaklumkan, sokongan itu membuktikan keprihatinan dan kebersamaan semua ahli Parlimen kerajaan dalam menentukan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2021 lulus, PN lepasi ujian getir

Pembangkang gagal tumbangkan kerajaan PN

Pembangkang berjuang habis-habisan tolak Belanjawan 2021

"Saya juga mengingatkan mereka tentang kepentingan untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan menjaga kawasan yang diwakili sebaiknya," katanya.

Sebelum itu, beliau mengadakan satu pertemuan bersama wakil rakyat dari PNBBC pada satu majlis makan tengah hari di Parlimen.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin
Muhyiddin

Terdahulu, belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) diluluskan di Dewan Rakyat pada Selasa apabila Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) itu memperoleh sokongan majoriti ahli Parlimen.

Rang undang-undang itu diluluskan melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menyaksikan 111 ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju dan seorang tidak hadir.

Muhyiddin beramah mesra bersama wakil rakyat yang hadir pada majlis ringkas makan tengah hari di Parlimen hari ini. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin
Muhyiddin beramah mesra bersama wakil rakyat yang hadir pada majlis ringkas makan tengah hari di Parlimen hari ini. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin