X

Kindly register in order to view this article
!

Belanjawan lulus beri kesan besar pada negara

Kamaruzaman
A
A

SHAH ALAM - Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 yang diluluskan walaupun perbezaan majoritinya sangat kecil, tetapi besar kesannya terhadap pemulihan ekonomi rakyat dan negara.

Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, ia selari dengan enam strategi pemulihan ekonomi diperkenalkan kerajaan ketika negara sedang bergerak dalam fasa pemulihan yang dijangka kembali pulih dan berkembang antara kadar 6.5 hingga 7.5 peratus pada 2021.

"Kelulusan belanjawan yang melalui proses undian belah bahagi juga menjadi petanda bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) utuh sekaligus menggagalkan cubaan pembangkang menjatuhkan kerajaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2021 lulus, PN lepasi ujian getir

Pembangkang gagal tumbangkan kerajaan PN

Pembangkang berjuang habis-habisan tolak Belanjawan 2021

"Pas menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kelulusan Belanjawan 2021 selepas bacaan kali ketiga semalam," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Kamaruzaman berkata, krisis ekonomi yang dihadapi dunia kini adalah yang terburuk sejak era The Great Depression sekitar tahun 1930-an.

Katanya, kemampuan menguruskan isu kesihatan, ekonomi dan kebajikan dalam fasa genting pandemik Covid-19 menguatkan keyakinan rakyat memberikan kepercayaan kepada kerajaan PN untuk terus mentadbir negara.

Sehubungan itu, Pas berharap Belanjawan 2021 dapat ditadbir urus dengan penuh dedikasi dan beramanah agar setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripadanya.

Pada Selasa, RUU Belanjawan 2021 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga selepas semua peruntukan bagi 27 kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa sejak 10 hari lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!