Rayuan Najib, anak berhubung bayaran cukai LHDN Jun tahun depan

Najib
Najib
A
A
A

PUTRAJAYA - Rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pembayaran cukai berjumlah RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Mahkamah Rayuan akan didengar pada 16 Jun tahun depan.

Peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib, 67, berkata, tarikh sama juga ditetapkan untuk mendengar rayuan anak Najib, Datuk Mohamad Nizar, 42, yang dikehendaki membayar cukai berjumlah RM13.16 juta kepada LHDN.

"Kedua-dua rayuan akan didengar di Mahkamah Rayuan sama," katanya ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes secara dalam talian (e-Review) di hadapan Timbalan Pendaftar Mohd Khairi Haron pada Rabu.

Sementara itu, Muhammad Farhan berkata, rayuan seorang lagi anak Ahli Parlimen Pekan itu, Datuk Mohd Nazifuddin, 37, yang dikehendaki membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta cukai kepada LHDN ditetapkan untuk pengurusan kes pada 4 Februari tahun depan bagi mengemas kini status alasan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi. - Bernama

Artikel Berkaitan: