Pelajar wanita terkejut lelaki menyorok dalam almari pakaian

Andrew Clyde Swafford ditemui menyorok dalam almari pakaian dan memakai baju dan jeans milik pelajar wanita terbabit.
Andrew Clyde Swafford ditemui menyorok dalam almari pakaian dan memakai baju dan jeans milik pelajar wanita terbabit.
A
A
A

GREENSBORO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pelajar wanita Universiti Carolina Utara (UNC) yang baru kembali ke apartmennya selepas menikmati makan tengah hari terkejut apabila mendapati seorang lelaki tidak dikenali menyorok dalam almari pakaiannya dalam kejadian Sabtu lalu.

Lebih mengejutkan, lelaki tersebut turut memakai baju dan seluar jeans milik wanita terbabit.

Pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Maddie berkata, dia menyedari kehadiran lelaki tersebut selepas terdengar bunyi pelik datang dari arah almari pakaian di bucu bilik tidurnya.

"Saya memberanikan diri menghampiri almari pakaian tersebut dan bertanya siapa di sana?

"Kemudian saya terdengar suara lelaki menjawab 'saya...nama saya Drew."

"Dia merayu agar saya tidak menghubungi polis dan dia juga berjanji tidak mengapa-apakan saya," kata Maddie.

Sementara itu, jurucakap polis Greensboro, Ron Gleen berkata lelaki berkenaan tidak berkelakuan ganas dan percaya dia dan pelajar wanita tersebut saling tidak mengenali.

Susulan itu, polis menahan Andrew Clyde Swafford berusia 30 tahun di sebuah stesen minyak berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Dia berdepan tuduhan memecah masuk dan mencuri. - Agensi