Syarikat kartel daging haram bakal diheret ke mahkamah

Iskandar (kiri) bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam majlis berkenaan hari ini.
Iskandar (kiri) bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam majlis berkenaan hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Syarikat tempatan yang dipercayai terlibat dengan kartel daging haram ditukar menjadi halal bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor dalam masa terdekat.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pihaknya telah mendapat izin daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk membuat pertuduhan terhadap syarikat berkenaan.

"Pendakwaan akan dibuat dalam masa terdekat," katanya dalam sidang akhbar bersempena majlis paluan berundur yang meraikannya bakal bersara wajib esok.

Sebelum ini, Sinar Harian membongkar taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: