Pulau Pinang dikhianati lagi: Guan Eng

GUAN ENG
GUAN ENG
A
A
A

GEORGETOWN - Pulau Pinang dikhianati oleh kerajaan Perikatan Nasional dengan penamatan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang ikonik dan telah beroperasi selama 126 tahun berikutan keengganan kerajaan untuk meneruskan komitmen Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, keputusan tidak sensitif itu dilihat mengabaikan warisan dan sejarah unik Pulau Pinang yang berperanan penting sebagai penjana ekonomi pelancongan negara.

Menurutnya, menamatkan perkhidmatan feri sama seperti membuang keseronokan pergi ke Pulau Pinang dengan cara tradisional, memandangkan Georgetown adalah sebuah bandar warisan dunia yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

 Perkhidmatan feri di Pulau Pinang untuk kenderaan empat tayar akan dihentikan bermula 1 Januari ini, sebaliknya, feri sedia ada akan terus beroperasi untuk kegunaan pengangkutan motosikal dan basikal sahaja.
Perkhidmatan feri di Pulau Pinang untuk kenderaan empat tayar akan dihentikan bermula 1 Januari ini, sebaliknya, feri sedia ada akan terus beroperasi untuk kegunaan pengangkutan motosikal dan basikal sahaja.

"Warisan dan sejarah adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang dan harus dipelihara untuk generasi akan datang.

"Untuk menyelamatkan perkhidmatan feri, kerajaan Pulau Pinang telah menawarkan untuk mengambil alih keseluruhan perkhidmatan pengangkutan air dan feri Pulau Pinang pada tahun 2015 dengan menanggung semua perbelanjaan.

"Sayangnya, Kementerian Pengangkutan pada tahun 2016 menolak untuk memberikan kuasa penuh kepada kerajaan Pulau Pinang dan berkeras untuk melaksanakan pengawal seliaan terhadap pengangkutan air serta perkhidmatan feri di Pulau Pinang, walaupun Kementerian Pengangkutan tidak menanggung perbelanjaan yang terlibat," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN Katamaran ganti feri di Pulau Pinang

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, ini bukan kali pertama warga Pulau Pinang dikhianati oleh kerajaan PN malah RM100 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 untuk membina kereta kabel di Bukit Bendera juga turut dimansuhkan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, katanya jaminan pinjaman bank yang dijanjikan oleh Kerajaan PH sebelum ini untuk membina LRT bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang tenat di Pulau Pinang dan Seberang Perai juga dibatalkan.

"DAP mendesak Kementerian Pengangkutan supaya ada rasa belas kasihan, tidak mengabaikan Pulau Pinang dan menamatkan perkhidmatan feri yang ikonik.

"Banyak negara asing masih mengekalkan perkhidmatan feri asal mereka walaupun mungkin tidak bersifat ekonomi kerana nilai intrinsik dan nilai tidak ketara kepada warisan serta sejarah,"katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan perkhidmatan feri di Pulau Pinang untuk kenderaan empat tayar akan dihentikan bermula 1 Januari ini, sebaliknya, feri sedia ada akan terus beroperasi untuk kegunaan pengangkutan motosikal dan basikal sahaja.

Ini bermakna, bermula pada tarikh itu, kesemua kenderaan empat tayar termasuk kereta persendirian tidak lagi boleh menggunakan laluan laut sebagai alternatif untuk ke kawasan pulau atau sebaliknya.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, PPSB akan menyediakan perkhidmatan katamaran atau teksi air untuk penumpang, motosikal dan basikal bagi menggantikan feri sebelum ini.

Untuk sementara, katanya, perkhidmatan bagi penumpang akan menggunakan feri laju manakala untuk motosikal serta basikal menggunakan feri sedia ada.