Guru selamatkan pelajar sawan

Abd Aziz (kanan) meriba dan mengurut anak muridnya perlahan-lahan sambil dibantu oleh guru-guru yang lain.
Abd Aziz (kanan) meriba dan mengurut anak muridnya perlahan-lahan sambil dibantu oleh guru-guru yang lain.
A
A
A

PASIR MAS - Tindakan pantas guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Mas telah menyelamatkan seorang pelajar daripada mengalami kekejangan yang teruk ketika sedang makan di kantin pada Khamis lalu.

Usaha murni guru yang dikenali sebagai Abd Aziz Mohd Noor dan rakan-rakanya mendapat pujian netizen selepas kisah itu tular apabila dimuat naik oleh Mohd Syafiq Mohamad Fadeli, 32, dua hari lalu.

Netizen menzahirkan rasa terharu dan memuji tindakan guru-guru tersebut yang mana mereka bukan sahaja mendidik tetapi hero kepada anak murid mereka.

Menceritakan semula kisah itu, Mohd Syafiq yang merupakan guru di sekolah itu berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama Abd Aziz yang merupakan guru kelas pendidikan khas dan rakan-rakan sedang makan.

"Ketika sedang makan, saya nampak seorang pelajar pendidikan khas datang ke arah kami.

"Dalam keadaan terhuyung-hayang, mulutnya juga terkumat-kamit," katanya.

Kisah guru-guru SMK Pasir Mas menyelamatkan murid terkena sawan tular di media sosial dan mendapat pujian netizen.
Kisah guru-guru SMK Pasir Mas menyelamatkan murid terkena sawan tular di media sosial dan mendapat pujian netizen.

Pada mulanya dia sukar memahami apa yang dimaksudkan pelajar berkenaan, namun selepas mendengarnya dengan teliti baharulah mereka memahami hasrat pelajar tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Pelajar itu memberitahu dia mengalami kekejangan dan meminta bantuan daripada mereka," katanya.