Penyokong PKR, PH digesa kekal bersemangat

Datuk Seri Amirudin Shari
Datuk Seri Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) digesa kekal bersemangat, memperkemas tekad dan istiqamah dalam menyusun kekuatan bagi menghadapi persaingan politik di arena demokrasi negara.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sewajarnya iltizam Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi teladan kepada kita semua untuk terus menggembleng usaha dan buah fikiran.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, langkah itu juga bagi memperkuatkan tumpuan prodemokrasi yang merangkumi parti-parti politik dan segenap pertubuhan masyarakat madani.

"Berhadapan dengan ketidaktentuan politik semasa serta kesan melarat pandemik Covid-19 tumpuan kita tidak boleh sama sekali terganggu daripada ikhtiar untuk membela nasib rakyat.

"Justeru, jangan sesekali kita mengeluh dan jangan abaikan matlamat perjuangan bersama. Pertingkatkan usaha demi agenda reformasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah beliau yakin kepimpinan Anwar selaku Presiden PKR, pemimpin PH dan Ketua Pembangkang itu mampu menerajui kekuatan demokratik ini bagi mencapai kejayaan menerapkan agenda reformasi.

Artikel Berkaitan: