Kerajaan Perak umum belanjawan RM1.215 bilion

Saarani (tengah) bersama Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim (kiri) dan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Azmir Shah Zainal Abidin dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Zulazlan Abu Hassan menunjukkan buku ucapan Belanjawan Perak 2021.

A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan belanjawan negeri 2021 berjumlah RM1.215 bilion di bawah tema Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, daripada jumlah itu, RM785.1 juta diperuntukkan bagi anggaran perbelanjaan mengurus, manakala RM430 juta lagi disediakan untuk perbelanjaan pembangunan.

Menurutnya, daripada unjuran hasil dan perbelanjaan tersebut, Belanjawan Perak 2021 dicadangkan sebagai belanjawan defisit RM154 juta sekaligus merupakan tertinggi dalam sejarah belanjawan Perak.

"Belanjawan Negeri Perak Tahun 2021 akan terus memberi fokus untuk menjana pertumbuhan ekonomi seimbang, menitikberatkan keadilan sosial serta menjaga kesejahteraan rakyat untuk menikmati kehidupan yang berkualiti.

"Ia juga meneraju kelestarian sumber dan alam sekitar secara efektif serta memacu pemodenan dan pendigitalan institusi bagi menyediakan penyampaian perkhidmatan awam yang bersih dan terbaik di seluruh negeri ini," katanya ketika membentangkan Belanjawan Perak 2021 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: