Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok

Mayat mangsa yang tersepit dikeluarkan anggota bomba.
Mayat mangsa yang tersepit dikeluarkan anggota bomba.
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Jaya Diri, Kampung Parit Lapis di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 1.25 pagi, Ng Jing Guan, 32, yang memandu kereta Perodua Bezza hilang kawalan sebelum terbabas.

Sinar Harian difahamkan dalam kejadian tersebut, mangsa dalam perjalanan dari arah Senggarang menuju ke Benut, Pontian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nasib Mohd Sam berkata, berikutan itu seramai

lapan anggota ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Operasi menyelamat dibantu satu jentera Fire Rescue Team (FRT). Mangsa yang terperangkap di tempat duduk pemandu dikeluarkan kira-kira satu jam kemudian dengan menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. Operasi tamat pada jam 2.24 pagi.

Artikel Berkaitan: