Belanjawan 2021 berdasarkan badan-badan ditentukan keabsahannya

Mohd Shahar ketika menggulung perbahasan Rang Undang Undang Kewangan 2020 yang kemudiannya diluluskan dengan suara majoriti di Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Shahar ketika menggulung perbahasan Rang Undang Undang Kewangan 2020 yang kemudiannya diluluskan dengan suara majoriti di Dewan Rakyat hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Pembentangan Belanjawan 2021 adalah berdasarkan apa yang dilaporkan oleh badan-badan yang boleh ditentukan keabsahan datanya, menurut Kementerian Kewangan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan tidak akan membentangkan Belanjawan 2021 yang bersifat mengembang tanpa keyakinan kepada prestasi ekonomi akan datang.

“Kedudukan negara dalam kalangan 20 peratus teratas dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di peringkat global adalah indikator-indikator yang memberi satu pandangan yang lebih luas.

“Kita tidak akan membentangkan belanjawan yang dipanggil belanjawan mengembang kalau kita tidak mempunyai keyakinan kepada prestasi ekonomi pada masa akan datang, tetapi kita membentangkan anggaran dan hasil tahun 2021,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang Undang Kewangan 2020 yang kemudiannya diluluskan dengan suara majoriti di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang berpendapat bahawa unjuran yang dibuat kerajaan dalam Belanjawan 2021 adalah tidak realistik berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara pada tahun ini.

Mohd Shahar berkata, ahli Parlimen masih boleh membuat semak dan imbang sekiranya prestasi ekonomi berada di luar jangkaan.

“Kita amat berterima kasih kepada (pasukan) Kementerian Kewangan yang bertungkus lumus untuk memastikan segala pandangan diambil kira dalam apa jua keadaan bagi memastikan ekonomi kita mencapai seperti yang diunjurkan KDNK negara pada 2021,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: