X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] Mangsa rogol jangan takut buat laporan

Datuk Seri Akhbar Satar - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A

SHAH ALAM - Mangsa jenayah rogol tidak perlu takut untuk tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana dalam jenayah tidak ada had masa untuk berbuat demikian dengan syarat mempunyai bukti yang mencukupi.

Penganalisis Jenayah, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, kebanyakan dalam kes rogol terutamanya yang menjadi mangsa sumbang mahram oleh bapa tiri dan abang merupakan perkara yang agak sukar untuk dilaporkan.

Menurutnya, untuk mangsa rogol dalam kalangan orang kenamaan (VIP) pula bukan senang untuk dilaporkan kerana golongan ini mempunyai kuasa duit untuk mempengaruhi ibu bapa supaya tidak melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“Mereka ini juga boleh mempengaruhi sistem keadilan sebab mereka mempunyai kuasa dan pengaruh politik. Ada beberapa kes yang berlaku melibatkan orang politik, ianya sukar dan jarang terjadi walaupun kes banyak kali berlaku dan akhirnya dia akan terlepas dan dibanggakan, inilah dunia.

“Untuk masyarakat kini, mereka perlu mempunyai ciri-ciri yang baik sepertimana dalam kalangan masyarakat Barat. Mereka akan melaporkan kegiatan jenayah kerana menganggap ia merupakan tanggungjawab dan bimbang akan berlaku kepada keluarga mereka pula,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis pada Wacana Sinar Harian Edisi Ke-216 bertajuk Jenayah Seksual di Malaysia Makin Parah? yang disiarkan secara langsung di Studio F, Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Wacana itu turut menampilkan Pendakwah Bebas, Harryanto Rizal Rokman, Konsultan Psikologi Klinikal, Klinik Psikologi Azlina, Azlina Roszy Mohamad Ghaffar manakala personaliti televisyen, Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Akhbar berkata, pada hari ini, masyarakat lebih cepat untuk menyelesaikannya dan tidak mahu mengambil kisah untuk melaporkan hal jenayah yang menyebabkan penjenayah akan berada di mana-mana sahaja.

Dari kiri: moderator, Ismail Adnan, panel, Penganalisis Jenayah, Datuk Seri Akhbar Satar, Penceramah Bebas, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Konsultan Psikologi Klinikal, Klinik Psikologi Azlina, Dr Azlina Roszy Mohamad Ghaffar membincangkan tajuk Jenayah Seksual Di Malaysia Makin Parah?, pada Wacana Sinar Edisi ke 216 yang diadakan di Kumpulan Karangkraf. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Dari kiri: moderator, Ismail Adnan, panel, Penganalisis Jenayah, Datuk Seri Akhbar Satar, Penceramah Bebas, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Konsultan Psikologi Klinikal, Klinik Psikologi Azlina, Dr Azlina Roszy Mohamad Ghaffar membincangkan tajuk Jenayah Seksual Di Malaysia Makin Parah?, pada Wacana Sinar Edisi ke 216 yang diadakan di Kumpulan Karangkraf. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB

“Impak psikologi memberikan kesan yang berat kepada mangsa rogol dan menyebabkan keluarga memikirkan masa depan mereka agar tidak terjejas,” katanya.

Mengulas lanjut, Akhbar berkata, jenayah seksual merupakan satu perbuatan di mana berlakunya sesuatu terhadap seseorang tanpa kerelaan, dilakukan secara paksa, keganasan dan sebagainya.

“Kita dapati dalam statistik terbaharu sehingga Oktober sebanyak 1,700 kes direkodkan di mana kes terbanyak melibatkan kanak-kanak dan ia merupakan perkara serius di negara ini kerana agensi penguat kuasa tidak dapat membendungnya disebabkan jenayah seksual jarang dilaporkan,” katanya.

Katanya, kebanyakan ibu bapa tidak mahu melaporkannya kerana melibatkan ahli keluarga dan bimbang mengenai implikasi besar kepada imej keluarga mereka.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, statistik sumbangan mahram yang berlaku di Malaysia ialah 23 peratus oleh bapa tiri, 23.1 peratus bapa sendiri, 16 peratus ialah abang, 1.6 peratus datuk dan satu peratus merupakan datuk tiri.

“Selain wanita yang menjadi penyebab berlakunya jenayah seksual, dua faktor lain ialah genetik dan keadaan sekeliling. Satu daripada lima kes, mereka yang melakukan jenayah seksual disebabkan bekas bapa yang berada dalam penjara,” katanya.

Katanya, faktor sekeliling seperti keadaan rumah juga memainkan peranan berlakunya jenayah seksual antaranya perkongsian bilik anak-anak lelaki dan perempuan.

“Selain itu, wanita itu sendiri seperti lari dari rumah, berkawan dengan orang yang tidak baik dan ibu bapa tidak memberikan pelajaran agama yang baik dan sebagainya,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!