Maqis rampas bijirin dari Ukraine

Maqis berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk millet (sekoi) dari Ukraine tanpa permit yang sah ke negeri ini.
Maqis berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk millet (sekoi) dari Ukraine tanpa permit yang sah ke negeri ini.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk millet (sekoi) dari Ukraine tanpa permit yang sah ke negeri ini.

Pengarah Maqis Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata, bijirin berkenaan dikesan hasil pemeriksaan yang dijalankan di Tapak Pemeriksaan Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Ahad lalu.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati konsainan yang membawa 902 beg black millet (sekoi hitam) tanpa permit import yang sah daripada Maqis.

"Kesemua barang dagangan tersebut seberat 22,550 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM42,432.76.

Bijirin sekoi hitam yang dirampas.
Bijirin sekoi hitam yang dirampas.

"Semua barangan dagangan berkenaan dirampas dan akan disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] di mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Zarina berkata, dalam pemeriksaan berasingan pihaknya merampas sebuah kontena yang mengandungi 1,150 beg creamy white millet (sekoi putih) seberat 23,000 kg yang dianggarkan bernilai RM36,827.71 dari negara sama.

Katanya, barang dagangan itu juga didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan pada permit import yang dikeluarkan oleh Maqis.

Artikel Berkaitan:

Dalam pemeriksaan berasingan sebuah kontena yang mengandungi 1,150 beg sekoi putih seberat 23,000 kg yang dianggarkan bernilai RM36,827.71 dari negara sama turut dirampas.
Dalam pemeriksaan berasingan sebuah kontena yang mengandungi 1,150 beg sekoi putih seberat 23,000 kg yang dianggarkan bernilai RM36,827.71 dari negara sama turut dirampas.

"Bagi kes ini disiasat di bawah Seksyen 15(1) dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 15(2) Akta yang sama.

"Pihak Maqis sentiasa menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk bagi mengekang sebarang kemasukan perosak, penyakit dan bahan cemar yang boleh menjejaskan industri pertanian dalam negara.