Undang-undang diguna untuk perkara tidak adil: Dr Mahathir

Hantaran Dr Mahathir di Facebooknya mendakwa bahawa undang-undang negara digunakan bagi perkara yang tidak demokratik dan adil
Hantaran Dr Mahathir di Facebooknya mendakwa bahawa undang-undang negara digunakan bagi perkara yang tidak demokratik dan adil
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang di negara ini telah digunakan pihak tertentu bagi melakukan perkara yang tidak demokratik atau adil.

Beliau mengambil contoh kerajaan sebelum ini iaitu Pakatan Harapan yang dipilih melalui pilihan raya tetapi telah digantikan oleh mereka yang ditolak.

“Ada yang menganggap ia sebagai sesuatu yang salah tetapi undang-undang menyatakan ia sah. Oleh kerana ia sebahagian daripada undang-undang, kita perlu menerimanya.

“Di Sabah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong kerajaan tiba-tiba meninggalkan kerajaan. Mengapa? Satu-satunya penjelasan ialah mereka telah disuap (rasuah),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menyentuh soal bekas Ketua Menteri yang menghadapi 42 pertuduhan melibatkan wang tetapi pendakwaan telah ditarik balik oleh Peguam Negara.

“Sekali lagi, semuanya sah. Peguam Negara berhak menarik balik pendakwaan. Peraturan undang-undang tidak dilanggar.

“Dalam kes lain, tertuduh memberikan sejumlah wang yang didakwa dicuri. Dia juga berjanji bahawa akan mengembalikan wang selebihnya di kemudian hari. Ia juga sah,” katanya.

Menurut beliau, selepas ini rakyat Malaysia akan melihat penjenayah menikmati kehidupan bebas mengikut undang-undang.

Artikel Berkaitan:

“Nampaknya, kedaulatan undang-undang boleh disalahgunakan sehingga keadilan tidak dapat dilakukan,” ujar Dr Mahathir.