EU dijangka beri vaksin Covid-19 sebelum akhir tahun

Kesatuan Eropah (EU) dijangka memulakan pemberian vaksin Covid-19 sebelum akhir tahun ini.
Kesatuan Eropah (EU) dijangka memulakan pemberian vaksin Covid-19 sebelum akhir tahun ini.
A
A
A

ANKARA - Kesatuan Eropah (EU) dijangka memulakan pemberian vaksin Covid-19 sebelum akhir tahun ini, lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) pada Selasa.

Mesyuarat mengenai vaksin itu akan diadakan pada 21 Disember, lapan hari lebih awal berbanding yang dirancang sebelum ini.

Ketua Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen menulis di Twitter, menyambut baik keputusan EMA itu: "Setiap hari sangat penting - kami bertungkus lumus bekerja untuk meluluskan vaksin Covid-19 yang selamat dan berkesan."

"Mungkin rakyat Eropah akan mula diberi vaksin sebelum akhir 2020!".

Kenyataan EMA dikeluarkan selepas Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn berkata, pihaknya menjangkakan kelulusan untuk vaksin Covid-19 boleh diperoleh sebelum Krismas.

EU telah membuat perjanjian untuk membeli kira-kira dua bilion dos vaksin dengan enam syarikat termasuk 300 juta daripada Pfizer dan BioNTech.

Selain itu, EU juga menandatangani kontrak dengan Moderna, AstraZeneca, CureVac, Johnson & Johnson dan Sanofi-GlaxoSmithKline.

EMA bertanggungjawab memberi kelulusan terhadap penggunaan ubat-ubatan untuk semua negara anggota. - Bernama

Artikel Berkaitan: