X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Jual mayat anak untuk 'dikahwinkan'

Adat Yin Hun atau 'perkahwinan hantu' dikatakan telah diamalkan di negara itu sejak ribuan tahun oleh individu yang percaya si mati tidak akan bersendirian di alam barzakh selain membawa tuah kepada generasi akan datang. - Foto: Agensi
A
A

BEIJING - Sebuah keluarga di China menjual mayat anak mereka yang meninggal dunia 12 tahun lalu sebagai 'pengantin hantu'.

Media tempatan melaporkan, mayat Kang Cuicui kemudiannya 'dikahwinkan' dengan mayat lelaki dalam satu upacara purba di wilayah Hebei.

Adat Yin Hun atau 'perkahwinan hantu' dikatakan telah diamalkan di negara itu sejak ribuan tahun oleh individu yang percaya si mati tidak akan bersendirian di alam barzakh selain membawa tuah kepada generasi akan datang.

Upacara itu kembali mendapat perhatian umum selepas akhbar Orient Today pada minggu lalu melaporkan tentang tradisi kuno tersebut yang dilakukan oleh penduduk kampung di Huanghua, Cangzhou.

Pada mulanya, bekas suami si mati, Li Zhong terkejut selepas mendapati kubur mendiang isterinya telah digali selain barangan bernilai termasuk barang kemas yang ditanam bersamanya turut dicuri.

Keluarga Zhong kemudiannya membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati keluarga Cuicui sendiri yang bertanggungjawab menggali semula semula kubur anak perempuan mereka.

Mayat wanita itu turut 'dijual' dengan harga 80,000 yuan (RM49,563) kepada sebuah keluarga yang kematian anak lelaki dalam satu kemalangan kereta.

Kedua-dua keluarga terbabit mengadakan upacara 'perkahwinan' tersebut pada 23 November lalu dan mengebumikan semula mayat kedua-duanya di dalam satu liang lahad.

Dalam kejadian sama pada 2015, iga lelaki ditahan di wilayah Shanxi selepas cuba menjual mayat wanita yang dicuri mereka sebagai 'pengantin hantu'. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!