Putin ucap tahniah kepada Biden

Putin (kanan) sebelum ini enggan mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Presiden AS 2020 yang berpihak kepada Biden. - Foto: Agensi
Putin (kanan) sebelum ini enggan mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Presiden AS 2020 yang berpihak kepada Biden. - Foto: Agensi
A
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin yang pada mulanya tidak mengakui kemenangan Biden turut mengucapkan tahniah dan berharap kedua-dua negara dapat mengetepikan perbezaan masing-masing untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan global.

“Saya sedia bekerjasama dan menjalinkan hubungan dengan anda,” katanya menerusi ucapan disampaikan Kremlin hari ini.

Difahamkan, Putin adalah pemimpin tunggal yang masih enggan menerima kemenangan Biden sebelum ia diiktiraf Kolej Elektoral, malah pegawai di Moscow turut mengkritik proses pemilihan tersebut yang didakwa kononnya tidak mewakili kehendak rakyat Amerika.

Semalam, kemenangan bakal Presiden ke-46 Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang meraih 306 undi elektoral berbanding 232 yang diperoleh Presiden Donald Trump akhirnya diiktiraf Kolej Elektoral sebelum disahkan Kongres pada 6 Januari 2021.

Susulan keputusan yang dimuktamadkan itu, Biden ketika berucap di Wilmington, Delaware menggesa rakyat Amerika supaya membuka ‘lembaran baharu’ dan bekerjasama untuk menangani krisis yang semakin meningkat di negara itu.

Sehingga kini, Trump dan sekutunya masih menolak keputusan itu walaupun lebih 50 tuntutan undang-undang yang difailkan mereka ditolak mahkamah termasuk Mahkamah Agung AS.

Biden turut merujuk kepada kemenangan Trump pada tahun 2006 yang juga meraih 306 undi elektoral.

“Berdasarkan standard Trump, angka itu menunjukkan kemenangan yang jelas dan saya dengan rasa penuh hormat berharap mereka akur dengan keputusan itu.

Artikel Berkaitan:

“Saya akan menjadi Presiden kepada seluruh rakyat Amerika. Saya juga akan bekerja keras untuk mereka yang tidak mengundi saya,” ujarnya kepada kumpulan yang tidak menyokong pemilihannya untuk mengambil alih pentadbiran di Rumah Putih. - AFP