X

Kindly register in order to view this article
!

Task Force pantau polis hidup mewah di Kelantan

Shafien
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan melalui pasukan Task Force Khas di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) negeri itu sedang memantau anggota serta pegawai yang mempamerkan gaya hidup mewah di luar kemampuan mereka.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pasukan yang ditubuhkan itu akan turun padang bagi mendapatkan maklumat berhubung anggota dan pegawai berkenaan yang berkemungkinan terbabit dengan salah laku terutama rasuah sehingga mencalarkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sebelum masyarakat kompelin, dan kita tidak mahu itu. Jadi kita tengok dulu sendiri mana-mana yang ada pakai kereta dan motosikal besar di perumahan polis atau rumah sendiri.

“Kita ambil tindakan awal dan tidak tunggu orang kompelin sebab dasarnya saya tidak mahu anggota atau pegawai seliaan saya menjejaskan imej polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 200,000 pelitup muka sumbangan J&T Express Malaysia Sdn Bhd kepada Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Penyerahan sumbangan 200,000 pelitup muka oleh J&T Express yang disampaikan wakil syarikat, Nur Fateen Aisyah Ibrahim (tengah) kepada Shafien di IPK negeri di Kota Bharu hari ini.
Penyerahan sumbangan 200,000 pelitup muka oleh J&T Express yang disampaikan wakil syarikat, Nur Fateen Aisyah Ibrahim (tengah) kepada Shafien di IPK negeri di Kota Bharu hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis hidup mewah bukan isu baharu

Sumbangan diserahkan oleh wakil syarikat, Nur Fateen Aisyah Ibrahim untuk diagihkan ke setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi kegunaan ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) dan operasi jabatan.

Sementara itu, Shafien turut menekankan supaya anggota polis tidak mempamerkan gaya hidup di luar kemampuan kerana masyarakat menilai sesuatu keadaan yang mereka lihat.

“Contohnya memakai gelang tangan, jam tangan mahal atau berkereta mewah seperti Toyota Vellfire dan Mercedes Benz.

“Rakyat tahu setakat mana kemampuan polis. Kalau tidak mampu, jangan pakai kereta besar, kereta mewah, rumah besar dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawai yang terbabit dengan salah laku rasuah, bahkan akan bekerjasama penuh dengan agensi terbabit termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memudahkan siasatan.

“Nak pakai baju perlu ukur di badan sendiri. Jangan pakai baju yang tidak muat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Segelintir pegawai polis dikesan amal cara hidup 'ala orang kaya'


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!