Sahabat AIM boleh mohon lanjutan moratorium

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Sahabat AIM, sambil disaksikan oleh Lajim (dua dari kiri) dan Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz, dalam program Bakul Kasih AIM di Dewan Felcra Seri Gala, Slim River.

A
A
A

TANJUNG MALIM - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman secara bersasar kepada Sahabat AIM yang berdepan dengan masalah penyusutan pendapatan akibat pandemik Covid-19 bermula awal tahun hadapan.

Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, Sahabat AIM yang berdepan dengan masalah kewangan untuk membuat pembayaran pinjaman boleh buat permohonan lanjutan moratorium bersasar itu.

“AIM menyedari keperitan yang dialami Sahabat AIM lebih lagi dalam tempoh yang sukar ini. Maka, kami menyediakan permohonan lanjutan moratorium bersasar kepada mereka.

"Sahabat boleh memohon lanjutan moratorium bersasar untuk tiga hingga ke enam bulan. Sekiranya masih tidak dapat membuat pembayaran, Sahabat AIM boleh memohon sehingga tiga kali penangguhan dalam tempoh setahun.

“Mereka yang memerlukan lanjutan moratorium boleh membuat permohonan di cawangan berhampiran bermula awal tahun hadapan,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Sahabat AIM, sambil disaksikan oleh Lajim (dua dari kiri) dan Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz, dalam program Bakul Kasih AIM di Dewan Felcra Seri Gala, Slim River.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Sahabat AIM, sambil disaksikan oleh Lajim (dua dari kiri) dan Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz, dalam program Bakul Kasih AIM di Dewan Felcra Seri Gala, Slim River.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Program Bakul Kasih AIM di Dewan Felcra Seri Gala, Slim River di sini baru-baru ini.

Lajim berkata, permohonan Sahabat AIM akan dipantau bagi memastikan mereka layak untuk memohon lanjutan moratorium bersasar itu.

Artikel Berkaitan:

AIM sebelum ini mengumumkan lanjutan pembayaran moratorium yang memberi manfaat kepada 262,000 Sahabat di seluruh negara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 9 hingga 6 Disember lalu.

Keputusan moratorium itu membabitkan penangguhan bayaran balik pinjaman berjumlah RM164 juta.