Rusia rancang bangunkan sistem peluru berpandu baru menjelang 2021

Sistem peluru berpandu S-400 Rusia amat digeruni AS.
Sistem peluru berpandu S-400 Rusia amat digeruni AS.
A
A
A

MOSCOW - RUSIA. Rusia akan membangunkan dua sistem pelancar peluru berpandu baru sebelum 2021 sebagai tindak balas terhadap langkah Amerika Syarikat (AS) yang merancang keluar daripada perjanjian senjata nuklear dengan negara itu.

Minggu ini, AS mengumumkan untuk menggantung pembabitannya dalam Perjanjian Kuasa Nuklear Jarak Sederhana (INF) 1987 dengan Rusia selama enam bulan.

Moscow tidak menunggu lama membalas tindakan Washington apabila Presiden Vladimir Putin mengumumkan Rusia turut menggantung pembabitannya dalam INF.

Rusia dan AS saling menuding jari antara satu sama lain melanggar perjanjian berkenaan.

Menteri Pertahanan Sergei Shoigu semalam mengarahkan kerja untuk pembangunan sistem peluru berpandu baru itu dijalankan dam mahu ia siap pada tahun 2021.

"Dari 2 Februari AS menggantung pembabitannya dalam INF tapi pada masa sama mereka sedang giat membangunkan peluru berpandu dengan jarak lebih dari 500 kilometer.

"Jadi Presiden Putin telah memberikan lampu hijau kepada kementerian untuk mengambil pendekatan sama," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: