Pusat panggilan judi dalam talian diserbu, tujuh ditahan

Tujuh lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah apartment yang dijadikan pusat panggilan judi dalam talian di Senibong, Johor Bahru hari ini.
Tujuh lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah apartment yang dijadikan pusat panggilan judi dalam talian di Senibong, Johor Bahru hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan tujuh lelaki warga tempatan menerusi serbuan di pusat panggilan judi dalam talian di sebuah apartmen di Senibong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, kesemua yang ditahan dalam serbuan pada jam 2.30 petang itu berusia 18 hingga 24 tahun.

"Polis turut merampas satu kad akses pintu rumah, telefon bimbit (15), komputer riba (7), tetikus komputer (7), modem wifi (4) sim kad starhub (11), buku catatan (2), meja (3) dan tujuh buah kerusi.

"Pusat panggilan terbabit dipercayai menjalankan aktiviti pertaruhan dan promosi judi dalam talian menggunakan laman web dan beroperasi selama 12 jam dari jam 10 pagi hingga 10 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua suspek menerima gaji sebanyak RM2,000 sebulan dan dibayar komisen bergantung kepada keuntungan daripada hasil perjudian.

"Kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Mereka akan disiasat di bawah seksyen 4(1)(g) Akta Judi rumah terbuka 1953 yang boleh dihukum denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun," katanya.

Artikel Berkaitan: