Politik Melayu jadikan bangsa lemah

Mohamad Hasan
Mohamad Hasan
A
A
A

SHAH ALAM - Politik Melayu tidak menguntungkan rakyat sebaliknya meletakkan bangsa mereka pada kedudukan yang lemah dan tanpa haluan jelas.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rakyat sudah jemu dengan agenda politik yang sama sekali tidak mengutamakan kepentingan mereka sebagai bangsa Melayu.

"Rakyat kebanyakan telah sangat bosan, muak dan jelik dengan pelbagai kenyataan, perlakuan dan pertembungan ahli politik bangsa Melayu terutamanya.

"Semua ini tidak menguntungkan bangsa. Semua ini meletakkan kedudukan bangsa Melayu pada kedudukan yang lemah dan tanpa haluan yang jelas," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Menurutnya, keadaan politik masih kucar-kacir walaupun sudah 10 bulan berlalu sejak UMNO menyokong pembentukan kerajaan baharu.

Jelas beliau, Malaysia memerlukan kaedah baharu jika ingin mengubah kedudukan Melayu pada tahap yang lebih tinggi.

"Mungkin yang diperlukan oleh bangsa Melayu bukan lagi gagasan. Tetapi pencerahan tentang jalan bagaimana bangsa Melayu itu akan jadi lebih baik dan maju.

"Mungkin yang diperlukan oleh Malaysia itu bukan lagi perikatan politik demi perikatan politik. Tetapi dasar, idea dan kecerdikan baru untuk menjayakan Malaysia yang maju," katanya.

Artikel Berkaitan:

Telah 10 bulan berlalu semenjak UMNO menyokong pembentukan Kerajaan baru. Politik bangsa Melayu dan Malaysia terus...

Posted by Mohamad Hj Hasan on Monday, December 14, 2020